Pages

Wednesday, October 22, 2014

Lelaki Bukan Pilihan 4

BAB 4

            UBAIDAH berjabat tangan dengan Hasif.  Kemudian mereka saling berpelukan.  Ceria wajah kedua-duanya.  Maklumlah, sudah lama mereka tidak bersua muka.  Sejak tamat tingkatan lima, masing-masing membawa haluan sendiri.
            “Bad, lama gila aku tak jumpa kau.  Apa khabar?”  Hasif bertanya.
            “Aku sihat.  Macam yang kau tengok ni lah.  Kau pula?  Dah berapa orang isteri?” gurau Ubaidah. 
            Hasif ketawa besar.
            “Gila kau!  Seorang pun dah cukup.  Anak aku je yang dah berderet-deret.”           Ubaidah tergelak.
            “Manalah tahu.  Kau dulu kan kasanova.  Perempuan tak usah cakap.  Shila, Amna, Dhia, Shima and so on.”
“Eh, tu bukan kau ke?”  Hasif memulangkan paku buah keras.
“Eh, aku ke?”
Ubaidah mengusap dagu pura-pura berfikir.  Dia ketawa lagi.  Zaman pak kaduknya dulu memang kalau difikirkan, nauzubillah min zalik.  Menyimpang jauh dari yang sepatutnya.
By the way, kau nak ke mana ni?  Nak fly ke?”
“Aku ada conference kat London esok.”
“Lah, aku baru balik dari London lah ni.” ucap Hasif teruja.
“Seriously?  Kau buat apa kat sana?”  Ubaidah terkejut.
Well, aku buat Phd.  Dah dekat empat tahun jugaklah menetap kat sana.  Anak bini aku tu asyik tanya bila nak balik Malaysia.  Aku pun rindu sangat nak makan masakan orang kita.  Kau tahu ajelah kalau dah duduk oversea, mana nak sama makanan kita dengan dia orang.” terang Hasif.
“Alhamdulillah.  Itulah, tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tanah kelahiran.  Tapi, mana isteri dan anak-anak kau?  Aku tak nampak pun.”
“Tu dia orang.  Tak larat bini aku nak jalan dah.  Anak-anak lelaki aku tu kembar.  Dalam kapal terbang tidur aje.  Bila kaki dah jejak tanah, bukan main aktif lagi.  Suka betul kacau adik dia.”
Tangan Hasif menunjuk ke satu arah.  Jauh di sana kelihatan seorang perempuan sedang duduk sambil memangku seorang bayi.  Ada dua orang kanak-kanak lelaki sibuk mengacah bayi itu.  Di sebelahnya pula seorang budak perempuan dalam lingkungan enam tahun memerhatikan adik-adiknya bermain.
Ubaidah memerhatikan keluarga Hasif.  Comel betul.  Wajah Hasif bahagia benar saat menyentuh cerita tentang keluarga besarnya.
“Kau bila lagi?”
Terbit soalan cepumas Hasif.  Tergeliat lidah Ubaidah hendak menjawab.  Dia sengih cuma.  Soalan yang acapkali dia dengar sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 
“Aku?  Kalau ada bidadari turun dari langit, kau kenalkanlah kat aku.” ucapnya selamba.
Pecah tawa Hasif.  Dia menggeleng kepala.  Diperhatinya Ubaidah dari atas ke bawah.  Tidak ada kurangnya!
“Apasal pandang aku macam tu?”
“Umur macam kau patut dah ada anak tiga.  Tengok macam aku.  Dah empat dah pun.”
“Hey, orang kata lelaki makin tua makin laku tau.”   Sekali lagi Ubaidah mengenakan Hasif.
“Ha, yalah.  Jangan jadi bujang terlajak sudah.” perli Hasif pula.
“Dua puluh lapan belum cukup tua lagilah.”
Dia masih muda.  Untuk melangkah ke alam perkahwinan pun ilmunya masih belum cukup.  Lagikan pula hendak membimbing seorang isteri.  Untuk menjadi suami yang baik bukan semudah yang disangka.  Bukan dosanya saja yang bakal dia tanggung di akhirat kelak, tapi dosa ibu, saudara perempuan serta bakal isteri dan anak-anak perempuannya nanti.  Berat tu!
“Kejap, sebut pasal bidadari.  Mana perempuan tadi?”
Mata Hasif meliar memandang ke sisi kiri dan kanan Ubaidah.
“Perempuan??”
Ubaidah berfikir sejenak.  Kerutan di dahi muncul.  Kala otak sudah menghadam kata-kata Hasif, serentak itu matanya bulat.  Dahi ditepuk. 
“Allah, aku terlupa!”
Dia berpaling ke belakang.  Kosong.  Matanya meliar memandang sekeliling. 
“Eh, dah hilang?”
Salahnya juga kerana sibuk melayan Hasif.  Sampai terlupa akan perempuan yang dilanggarnya tadi.  Mujur juga dia sempat meminta maaf.
“Apa yang hilang?”
“Perempuan tadi.  Aku terlanggar dia sebenarnya.  Tak sengaja.”
“Oh…  Aku ingatkan girlfriend kau.  Cantik!”  puji Hasif.
“Cantik??  Entahlah.  Aku tak pandang sangat muka dia.” jujur dia menjawab.
Hasif terkebil-kebil mendengar jawapan Ubaidah.  Seperti dalam kekeliruan.  Dia tidak salah dengarkan?
“Eh, ni ke Bad yang aku kenal?  Sebelum ni pantang nampak perempuan cantik mula lah ayat-ayat power kau keluar.”
Ubaidah hanya senyum.  Dibiarkan sahaja Hasif membuat persepsi sendiri.  Bertahun-tahun mereka terpisah, dirinya bukan lagi yang dulu. 
“It’s a long story.” kata Ubaidah penuh makna.
“I can’t wait to hear your story.  However, aku rasa better aku gerak dulu.  Isteri aku dah jeling-jeling dah tu.”  Hasif meminta diri.
“Okay.  I’m happy to see you here.”
Setelah saling bertukar nombor telefon mereka berpelukan sekali lagi.  Hasif melangkah meninggalkan Ubaidah mendapatkan anak-anak dan isterinya.
Ubaidah memandang keluarga bahagia itu dengan seribu satu macam perasaan.  Dia tumpang gembira melihat kebahagiaan rakannya.  Terselit di hati keinginan untuk berumahtangga.  Dia juga mahu seperti Hasif.
Terbayang seraut wajah di ruang fikiran.  Wajah yang sekian lama dirindui dalam diam.  Cuba membayangkan dirinya seperti Hasif.  Bibirnya mengukir senyuman nipis.  Dan perlahan-lahan senyuman itu mati.
Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.  Keinginan hati yang entahkan sampai entahkan tidak.
‘Apakah mungkin?’ bisik hati Ubaidah sendirian.
Doa dipohon dalam hati dan dia melangkah pergi.  Tanpa Ubaidah sedari, ada sepasang mata yang tajam memerhati segala gerak-gerinya.


***********************

            “Erghh!!  Why?  Why?  Kenapa dia?!!  Out of billions people why he? Oh, damn it!”
Arfa rasa nak hantuk kepala ke dinding tempat dia berdiri.  Kaki dihentak kuat ke lantai.  Sungguh dia geram dan marah teramat.
            Dengusan keras terlepas bila saja bayangan Ubaidah menjalar di kotak memori.  Dia masih belum bersedia untuk berhadapan dengan sesiapa pun.  Belum sampai satu jam dia menjejakkan kaki ke situ, wajah pertama yang dia nampak adalah wajah yang paling dia benci pula.
            Itu dah satu hal.  Satu hal lagi, belum sempat dia mendajalkan lelaki itu, dia dulu yang terkena.  Kena apa?  Kena langgarlah!  Lengan kiri yang dipegang Ubaidah tadi diangkat separas dada dan ditepuk-tepuk kuat seperti sedang membuang debu.
            Hidungnya menangkap bau sesuatu.  Kembang-kempis hidung Arfa sebelum…
            “Uwekk!!  Busuk gila!  Perfume ke tahi kucing yang melekat ni.  Nak termuntah aku!  Yarkss!” 
            Tapak tangan Arfa menekap mulutnya.  Kemudian dia mengibas-ngibas muka menghilangkan bau minyak wangi Ubaidah.  Bila hati dah benci, minyak wangi yang berharga ratusan ringgit pun dikatanya busuk.  Padahal tadi punyalah tangkap lentok.
            Arfa merenung jaket denim yang dipakai.  Ikutkan hati mahu saja dia menanggalkan jaket di situ juga.  Bila memikirkan di mana kakinya berpijak saat itu, segera disimpan jauh niat itu dalam hati.  Kalau di England dulu lain cerita.  Buka apa pun, lantak hang lah.  Kalau buat di Malaysia, memang cari nahas!  Sudahlah baju di bahagian dalam nipis sahaja.
            Mata Arfa meliar mencari tandas berhampiran.  Nun di hujung sana, dia ternampak simbol tandas wanita tidak jauh dari kawasan dia berdiri.  Bagasi dicapai dan kaki dilangkah dengan hati yang sebal.
            Pintu tandas ditolak kasar.  Arfa menarik bagasi ke satu sudut yang agak kering dan membukanya.  Jaket yang dipakai pantas dibuka dan dicampakkan ke atas bahagian sinki.  Dia mencapai cardigan nipis warna merah.  Dibelek-belek seketika sebelum disarungkan ke tubuh.  Kemudian bagasinya terus ditutup.
            Jaket yang dicampak tadi dihampiri.  Tak ingin dia sentuh.  Tengok pun sudah berbulu mata apatah lagi hendak menyentuh.  Walhal jaket itu jaketnya juga.  Disebabkan Ubaidah yang telah menyentuh serta meninggalkan aroma minyak wangi miliknya, jaket yang tidak bersalah menjadi mangsa ketidakpuasan hati Arfa.
            “What the heck I should do with this ‘thing’?”
            Arfa tiba-tiba teringat kata-kata ustazah Ruzaimah dulu.  Terimbas kenangan sewaktu dia masih di sekolah rendah. 
“Anak-anak, ada tiga najis yang perlu diketahui iaitu najis mukhaffafah, mutawassitah dan mughallazah.  Najis yang paling ringan ialah najis mukhaffafah iaitu air kencing kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu yang lain selain susu ibunya.
Najis mutawassitah pula adalah najis pertengahan.  Najis ini adalah selain dari najis mukhaffafah dan mughallazah.  Contohnya, tahi, kencing, darah, nanah, muntah, bangkai, arak dan lain-lain.
Manakala najis mughallazah adalah najlis yang paling berat sekali.  Siapa boleh terangkan untuk kawan-kawan yang lain?”
Hampir keseluruhan kelas mengangkat tangan.  Kesemua mereka berebut-rebut hendak menjawab.
“Ustazah pilih yang pertama sekali angkat tangan ya.  Hmm, Ustazah nampak Arfa angkat tangan dulu tadi.  Apa yang Arfa tahu tentang najis mughallazah?”
“Ibu Arfa cakap, khinzir dan anjing.  Ayah Arfa pula cakap sebab khinzir dan anjing haram.  Orang Islam tak boleh sentuh atau makan haiwan tersebut.  Betul kan, ustazah?”
“Pandainya anak ustazah ni.  Betul apa yang…”
Dan suara yang bermain di kotak fikiran Arfa terhenti apabila telinganya menangkap bunyi pintu ditolak dari luar.  Dia menjeling sekilas.  Dua orang remaja perempuan bergurau senda sambil memasuki ruang tandas tidak dihiraukan.  Dia seperti sedang berfikir.  Jaket miliknya dipandang lama.
“Hmm, mukhaffah..  mughallazah.. mutawassitah..”  Dia berbisik sendirian.
Selepas ditambah, ditolak, didarab dan dibahagi, akhirnya Arfa beroleh jawapan yang pasti.
            “Yes, this is definitely najis…. mughallazah!” putusnya lalu terus mencampakkan baju itu ke dalam tong sampah.  Suka hati dia memutuskan begitu padahal satu jenis najis pun tidak tersenarai dalam.  Itulah yang dikatakan bila hati dah benci.
            “That should do.  I hate you and I hate everything you touch!”
            Arfa bersuara lagaknya seperti bercakap dengan Ubaidah.  Dan dengan lenggok selambanya dia keluar dari tandas tanpa ada rasa menyesal.
            Sebaik sampai di kawasan teksi bermeter dia bergerak ke arah teksi yang berdekatan.  Pemandu teksi cepat-cepat mengambil bagasinya dan menghadiahkan senyuman.  Arfa membalasnya dan kemudian meloloskan diri ke tempat duduk belakang. 
Dibiarkan saja Pakcik teksi mengangkat bagasinya ke dalam bonet teksi.  Dia sudah terlalu penat.  Tiga belas jam dalam kapal terbang dan pertemuan tidak sengaja dengan Ubaidah memang sangat-sangat memenatkan.  Dia memejam mata.  Kepalanya disandarkan.
            Arfa mendengar pintu teksi bahagian pemandu dibuka dari luar.  Namun tak dihiraukan.  Letih benar dia.
            “Anak nak ke mana?” tanya Pakcik pemandu teksi.  Dia menoleh sedikit ke belakang bila Arfa diam sahaja.
            Arfa membuka mata.  Berjeda.  Dia garu kepala.  Terlupa akan destinasinya.
“Sekejab ya Pakcik.  Saya lupalah.”
Beg tangan dibuka.  Telefon bimbit dicari.  Punat telefon ditekan laju mencari nama seseorang.  Butang hijau ditekan dan telefon ditekap ke telinga.
“Hello Nad.  Apa nama hotel yang kau tempah tu?”
Tanpa salam Arfa terus mengajukan pertanyaan.  Memang dia main terjah.  Telefon ditarik jauh sedikit apabila jeritan nyaring Nadia, rakannya kedengaran.  Pekak sekejab dia.  Suara Nadia memang kuat.  Sekali jerit, bergetar gegendang telinganya.  Sewaktu di Cambridge dulu, berapa kali mereka ditegur oleh pengawas perpustakaan disebabkan suara nyaring Nadia.  Itu pun dah cukup baik mereka tak kena halau keluar.
Arfa mendekatkan kembali telefon bimbit.
Dia mendengar apa sahaja yang Nadiah katakan tanpa sempat mencelah.
“Wo wo wo, babe!  Bagitahu dulu hotel mana?  I don’t have much time.
            Mata Arfa mengerling sekilas Pakcik teksi yang sekian lama menunggu.  Dia pun berasa agak kurang selesa.  Sepuluh minit teksi tak bergerak siapa yang tak marah.  Nasib baik Pakcik itu tak cakap apa-apa.
            “Langit-Langi Hotel?  Okay, hold on.”
            “Pakcik, Langit-Langi Hotel ya.  Maaf, lama menunggu.  Nanti saya bayar yang sepuluh minit tu.” beritahu Arfa.  Lembut tuturannya.  Mahu mengambil hati.
            “Tak apa.  Pakcik tak kisah.”
            Pakcik teksi membalas.  Ikhlas bunyinya.  Dan dia pun ikhlas hendak membayar.  Sampai di hotel nanti dia akan beri juga.
            Teksi mula bergerak menuju ke destinasi.  Arfa kembali menyambung perbualannya dengan Nadia.
            “Nad, aku penat ni.  Nanti esok kita jumpa.  Tapi lepas aku check out lah.”
            “Got it!  Ye ye, I miss you too.  Bye.” ucap Arfa lantas mematikan talian.  Kalau dilayan Nadia, pasti dia terpaksa mendengar celotehnya yang tak sudah-sudah.  Telefon dicampak ke dalam beg tangan.
            Mata dipejam kembali dan tubuh disandarkan.  Penat kembali bermaharajalela.  Buat seketika dia mahu melupakan apa sahaja masalahnya kali ini.  Baik Nadia, Ubaidah mahu pun ibu dan ayahnya yang telah tiada, dia inginkan ketenangan walaupun cuma sesaat.

p/s: mohon maaf untuk pembaca LBP dan JDBC.  buat masa ni saya terpaksa berhenti berkarya kerana masa sangat2 tidak mengizinkan. semester ni macam2 assignments yang memerlukan lebih fokus saya. kena buat 2 prototypes, event karnival kerjaya dan test, kuiz berderet setiap minggu.  Berjuta maaf pada yang menunggu next n3. sedih kot sebab tak dapat berkarya buat sementara.  excited bila korang excited tapi masa banyak dipenuhi dengan menyiapkan assignments yang bertimbun.  harap korg enjoy dengan dua entry baru ni.  dah lama siap tapi tak sempat nak post.. thanks for all supports..wish me luck for my final.  insyaAllah kalau saya sempat curi masa, saya akan post yang baru.


            

Lelaki Bukan Pilihan 3

BAB 3

            “ANNE, are you sure you want to do this?”  tanya Jessica yang sedang menolak bagasi kepunyaan Arfa.  Dua pasang mata kini memandang tepat wajahnya.
            “Stay here.  With us.” pujuk Daryn yang berdiri di sebelah Jessica.
            Arfa tersenyum nipis.  Lapangan Terbang Heathrow London dipandang sekilas.  Penuh dengan berbagai karenah dan ragam manusia.  Masing-masing sibuk dengan urusan mereka sendiri.  Di mana dan ke mana destinasi pilihan mereka, dia sendiri tidak tahu.
            “I need to go back.  I got something to do.”
            “What is it?” soal Jessica lagi.
            “Well.  Err, I have to.”
Arfa cuba mengelak menjawab soalan Jessica.  Seboleh-bolehnya dia tidak mahu mereka berdua tahu tentang niatnya pulang ke Malaysia. 
            “Whatever is it, it must be important for you right?”
            “Err..yup, it should be.”
Kerutan di dahi Jessica tidak dihiraukan.  Biarlah.  Kisah hidupnya cuma Benjamin seorang yang tahu.  Serta-merta wajahnya muram tiba-tiba.
            ‘Ben!’
            Hati kecil Arfa menyebut-nyebut nama lelaki yang hampir sebulan menghilangkan diri. 
            “After all, Ben is not here anymore.” sambungnya lagi.
            Benjamin benar-benar mengotakan apa yang dikatakannya.  Berkali-kali dia cuba menghubungi lelaki itu tetapi tiada jawapan.  Rumah Benjamin pula telah disewakan kepada orang lain.
            “Anne, we’re all here for you.”  Daryn memeluk tubuh Arfa.  Mengerti akan kesedihan rakannya.  Kehilangan Benjamin biarpun zahirnya Arfa masih seperti biasa tetapi dia tahu bukan mudah untuk Arfa menerima kejutan itu.  Mata gadis itu jelas menunjukkan kekecewaan yang bukan sedikit.
             “Are you okay without Benjamin besides you?” Jessica bertanya lagi.
            “Jessie!” marah Daryn.  Matanya dijegilkan.  Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
            “Okay okay!”
            Jessica mengangkat kedua-dua tangannya paras dada tanda tidak lagi mengungkit tentang Benjamin.
            Arfa tergelak.  Lucu melihat wajah Daryn yang bertindak garang.  Gelagat mereka  berdua sering saja mengundang tawanya.  Itulah yang bakal dia rindui saat berada di Malaysia nanti.
            “Na!  I’m good!”  jawab Arfa pantas untuk mengelakkan mereka risau tentangnya.  Cukuplah dia menyusahkan mereka menghantarnya ke situ.  Jasa mereka berdua selama ini tidak mungkin kan terbalas.
            “Take care.  Never skip your meal, okay?”  nasihat Jessica apabila panggilan untuk penerbangan ke Malaysia sudah berkumandang.  Mata Jessica sudah berair.  Daryn juga kelihatan mengelap matanya yang basah.
            “I’ll be fine.  Don’t worry.”
            Arfa mengetap bibir menahan tangis.  Air mata sedaya upaya ditahan.  Setelah hampir lima tahun bersama, mereka akhirnya berpisah jua.
            “Don’t forget about us.” ucap Daryn pula.  Sebak bunyinya.
            Arfa mengangguk cuma.  Tubuhnya ditarik ke pelukan Daryn.  Seakan sukar dilepaskan apabila terasa tangan gadis itu memeluk erat tubuhnya.  Kemudian Jessica turut menerpa ke arah mereka berdua.  Berpeluklah mereka bertiga melayan rasa sedih yang menggebu.
            “We’ll miss you.”
            Kata-kata Jessica disambut dengan senyuman kecil Arfa.  Bagasi di tangan Jessica kini berpindah tangan.
            “I’ll miss both of you thousand times more than you guys.” ujarnya cuba mengambil hati mereka yang sedang berduka.  Luhurnya persahabatan mereka biarpun berlainan agama dan bangsa.  Persahabatan yang terjalin tidak mungkin dia lupakan begitu saja.
            “How dare you!” Jessie menampar perlahan bahu Arfa.  Ketiga-tiganya tergelak sakan.  Gurauan sebegitulah rencah dalam persahabatan yang mereka bina.
            “I guess, this is it.  Thanks for all the supports and this friendship.  Thanks for always with me no matter how good or bad my life are.  It means so much to me.  I love you guys!”
            Tangan kiri Arfa mengengam tangan Daryn manakala tangan kanannya mengenggam jemari Jessie.  Erat!
            Daryn dan Jessica berpandangan sebelum bersuara serentak.
“A friend in need is a friend indeed.”
Bibir masing-masing mengorak senyuman penuh makna.  Itulah tagline yang mereka gunakan dalam apa jua keadaan.  Membuatkan ikatan yang terbina semakin rapat sehinggalah ke saat itu.
“Of course, we’ll be there for you, Anne.”  Darynn menambah.
“Yes, I know you would.”  Mereka berpelukan sekali lagi apabila panggilan kedua penerbangan sudah kedengaran.  Setelah mengucapkan selamat tinggal Arfa bergerak melangkah ke pintu berlepas.  Dia melambai-lambai tangannya dan kemudian terus menghilang di balik pintu.
Di dalam kapal terbang, Arfa melabuhkan punggung di kerusinya yang berhampiran dengan tingkap.  Tidak lama kemudian ada pramugari menegurnya supaya memakai tali keledar kerana kapal terbang akan berlepas.
Saat kapal terbang mula berlepas ke awan biru, matanya memandang ke luar tingkap.  Salji putih yang kelihatan begitu indah.  Selama ini, musim sejuklah yang paling dia tunggu.  Salji yang memutih begitu memukau pandangan.  Dia sukakan warnanya yang putih bersih.  Putih yang melambangkan kesucian. 
Bibirnya tersungging senyuman manis tatkala beberapa kepingan salji masih lagi berguguran.  Cantik!  Tanpa sedar telapak tangannya melekap di tingkap kapal terbang.  Seakan dia cuba merasai dinginnya kepingan salji itu.
Seketika kemudian senyumannya mati.  Tangannya kini digengam kuat.  Salji itu indah.  Dari jauh ia cukup mengasyikkan.  Tetapi apabila tangan menyentuhnya, kedinginannya pasti membekukan jiwa.  Itulah dia.  Hatinya dingin dan beku!
 “Aby.”
Sekilas dia menoleh.  Tercari-cari di mana gerangan yang memanggilnya.  Lembut suara itu tetapi penuh dengan kelukaan.  Buat seketika dia kaku.  Bibir Arfa tersenyum pahit. Serta-merta air matanya jatuh.  Dia tahu suara siapa itu.  Suara yang tidak mungkin akan dia lupakan sepanjang hayatnya.
Bila kerinduan datang bertandang, seringkali dia terdengar panggilan namanya.  Ingin sekali dia percaya suara itu wujud, tapi dia sendiri tahu.  Suara itu cuma mampu dimainkan di pita memorinya.  Bukan realiti.
Pandangannya kini kembali dihalakan keluar tingkap.  Berderai-derai air matanya.
‘Ibu!’
Tangisnya sayu.  Bagai terngiang-ngiang lagi suara itu di kepala.  Dia benar-benar rindukan ibu.  Tak daya dia menanggung rindu setengah mati.
Arfa menutup mata seketika.  Cuba membayangkan saat-saat manis mereka bersama.  Sewaktu keluarga dia masih sempurna.  Ada ibu, ada ayah.  Dan dirinya yang serba polos.  Senyuman lirih terbit dari bibir.  Air mata yang semakin laju menuruni pipi cuma dibiar sepi.
Kenangan yang mengusik jiwa.  Mengundang bahagia juga derita.  Mata perlahan-lahan dibuka.  Dompet yang berada di dalam beg tangan ditarik keluar sebelum dibuka.  Kad pengenalan dikeluarkan.  Terserlah gambar keluarga bahagia.  Gambar seorang gadis yang sedang gembira memeluk leher kedua-dua ibu dan ayahnya.
Satu-persatu wajah di dalam gambar itu ditatap penuh kerinduan.  Wajah ibu dan ayah diusap-usap dan dikucup penuh perasaan.  Jari telunjuk kemudian bergerak ke arah gambar perempuan berpurdah di dalam gambar.
Sekali lagi titik-titik air mata yang mula reda kembali hangat membasahi pipi.  Ditatap lama wajah itu sebelum bibirnya berbisik perlahan.
“Arfa Nur Abyatina.  Aby…This Aby was no longer existed.  When they died, you ‘died’.  This new Aby….Anne, will never regret.  I’ll never regret it!” keras suaranya cuba menegaskan hati yang sedikit rapuh.
Usai berkata, kad pengenalan kembali di simpan di tempat asal.  Menutupi gambar tadi.  Kemudian dia menarik keluar sekeping gambar dari tempat yang agak tersorok dalam dompetnya.  Sekeping gambar yang renyuk itu ditatap dengan perasaan penuh dendam.
Wajah lelaki yang terbaring bersama alat pernafasan ditatap geram.  Ingin saja dicarik-carikkan gambar itu biar puas hatinya.  Tetapi dia tahu itu belum cukup untuk melunaskan kelukaan yang dia hadapi selama ini.
Arfa menyeka air matanya sehingga kering.
Hati Arfa yang goyah saat menatap gambar keluarganya kini kembali teguh.  Tak mungkin kan runtuh dilanda badai.  Selagi apa yang dihajati tidak dapat dipenuhi, selagi itu hatinya tak akan puas.
Setiap hari gambar lelaki itu akan ditatap sebaik saja bangun dari tidur.  Sudah menjadi satu kemestian.  Tidak boleh tidak!  Andai hati mahu berhenti dari membenci, gambar itu akan mengingatkan dirinya.  Setiap kali jiwanya ingin memaafkan semua yang terjadi, setiap kali itulah gambar itu akan mematikan segala niatnya.
Bukan salah dia kerana membenci.  Bukan salahnya juga kerana mendendami seorang lelaki.  Jangan ditanya mengapa dan kenapa dia begini.  Takdir telah merampas ibu dan ayahnya.  Takdir telah membawa pergi Benjamin yang dikasihi dalam diam.  Dan takdir juga telah menjadikan dia seorang pendendam yang setia!


**************

Arfa melangkah menolak bagasinya keluar dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur.  Penerbangan yang mengambil masa selama 13 jam cukup memenatkan.  Beberapa kali dia tertidur dan terjaga tetapi kapal terbang masih juga belum mendarat.  Dan kini, bumi Malaysia akhirnya kembali dijejaki. 
Dia berhenti sejenak.  Jarinya mencari-cari getah rambut di dalam beg tangan.  Panas tiba-tiba.  Rambut yang terbiar lepas kini diikat sanggul.  Biarpun ikatannya sedikit longgar tetapi dibiarkan saja.
Baju sejuknya juga telah pun disimpan di dalam bagasi.  Cuaca di Malaysia tidak sama dengan di England.  Di negara kelahirannya itu tak akan ada walau sekeping salji pun yang akan turun.  Nama pun negara berkhatulistiwa.
Pandangan mata Arfa kini meliar ke sekeliling.  Dia kini berdiri di tengah lautan manusia.  Cuma dia saja yang tegak tanpa bergerak memerhati suasana Malaysia yang sekian lama tidak dilihat.  Telinganya menangkap bunyi yang sekian lama tidak didengari.  Mata dipejam seketika menikmati saat-saat itu.  Nafas ditarik lama.  Buat seketika dia lupa akan misi utama kepulangannya. 
Dia rindukan Malaysia!  Rindukan udaranya yang segar.  Rindukan masakan Malaysia.  Dan yang penting dia rindukan ibu dan ayahnya.  Lima tahun di perantauan mengajarnya bermacam-macam erti kehidupan dan sebuah kehilangan.
Arfa membuka mata.  Perlahan-lahan dia menunduk.  Lutut kanannya mencecah lantai.  Kemudian jari-jemarinya menyentuh lantai.
“Ibu...  Ayah...  Aby dah balik.  I’m back!”
Sebak kembali menghurung jiwa.  Arfa bangun.  Kaca mata yang disangkut di kepala disarungkan ke mata.  Dia kembali menunduk apabila menyedari tali kasutnya hampir terurai.
Belum sempat tangan mencapai tali kasut, Arfa terasa tubuhnya melayang tiba-tiba.
“Aaaaa!!”
Dia terjerit kecil.  Terkial-kial tangannya cuba mencari sesuatu sebagai pegangan.  Dalam pada itu sempat dia menyumpah manusia yang melanggarnya dalam hati.
Mata Arfa terus terpejam.  Tak sanggup dia membuka mata.  Pasti sebentar lagi punggungnya akan melekap di lantai.  Dan sakitnya, hanya bakal diketahui sebentar lagi.
Di saat hati mula pasrah dan redha, Arfa merasakan lengannya ditarik seseorang.  Terus dia terdorong ke hadapan.  Dek kerana tarikan kuat itu, sanggulnya terlepas.  Dan tanpa sedar tangannya melekap erat di dada seseorang. 
‘Err, rata aje.’
Sempat akalnya berkata-kata.  Dia tidak membuka mata.  Masih terkejut.
‘Rata??  Itu maknanya…..’
Spontan mata Arfa celik.  Bulat matanya memandang wajah lelaki di hadapannya.  Dia terpana.  Wajah cemas lelaki itu ditatap dengan pandangan kosong.  Lidah Arfa terkelu.  Terkebil-kebil dia memandang. 
“Are you okay, Miss?” lembut suara itu menyapa gegendang telinga.
Arfa masih lagi membisu.  Matanya masih tidak terlepas dari menatap wajah lelaki itu.  Dunia seakan berhenti berputar.  Bau wangian jenama Polo melekat kuat di deria baunya.  Lembut dan mengasyikkan.  Hatinya bergetar.
“Miss, can you stand by your own?  Is it okay for me to let go your hand now?”
Suara itu masih dengan kelembutan.  Anak mata lelaki itu seakan-akan cuba mengelak dari bertentangan dengan matanya membuatkan Arfa tersedar.  Dia segera menjarakkan diri.
“Hah!  Err.. sorry, err..”
Arfa kematian kata.  Dia diterpa rasa malu.  Tingkahnya serba tidak kena.  Sibuk dia membetulkan itu dan ini.  Rambutnya yang terurai tadi segera dikemaskan kemudian di sauk kebelakang.  Getah yang entah ke mana menghilang tidak menjadi lagi menjadi persoalannya,
Dia tidak berani menatap wajah yang membuatkan wajahnya kini hangat berbahang.  Pasti kemalangan kecil tadi telah menjadi perhatian ramai.  Malunya!
Mengingatkan itu, Arfa tertanya-tanya sendiri siapa yang melanggar tubuhnya.  Keras hatinya mengutuk si pelaku.  Berbakul-bakul jugalah sumpah seranah yang dia lemparkan.  Kalau dia tahu siapa, akan dia maki cukup-cukup!
“Sorry, I didn’t meant bumped into you.  It was an accident.”
Spontan lagi wajah Arfa tertancap di wajah lelaki itu.
‘Dia yang langgar aku rupanya!  Tapi handsome kau jemah!’  hati nakal Arfa memuji.  Tidak jadi dia hendak memaki.  Bola mata Arfa meneliti segenap wajah lelaki itu.   Kulitnya putih, mata yang redup dan seulas bibir merah tertangkap di matanya.  Hot stuff!
Cuma…  Ada sesuatu di wajah itu yang membuatkan dia memandang lama.
‘Something is not right.’ Arfa berbisik perlahan.
“Err.. are you okay?”
Sekali lagi suara lelaki itu kedengaran.  Kelihatan seperti tidak selesa dengan renungannya.
Arfa tersentak.  Perlahan-lahan senyuman terukir.  Dia mengangguk.  Matanya segera dilarikan.
“Great!  I’m so sorry.” ulang lelaki itu lagi.  Seakan menyesali pelanggaran tadi.
Belum sempat Arfa membalas, dia terdengar suara seorang lelaki sayup-sayup memanggil nama seseorang.  Wajah Arfa berubah.  Dia mengerut kening.   Tanpa sedar dia tercari-cari dari mana datangnya suara itu.  Matanya mengecil.  Cuba menfokuskan telinga untuk mendengar lebih jelas nama yang disebut itu.
Lelaki di hadapan Arfa turut sama seperti dirinya.  Dia berpusing membelakangi Arfa.
Nun tidak jauh di sana, seorang lelaki berlari-lari anak sambil melambai ke arah mereka berdua.  Semakin lama semakin dekat dan semakin jelas nama itu.  Mata Arfa membulat.  Lagi-lagi lelaki di sebelahnya seperti membalas lambaian itu
Dan nama yang dilaung-laungkan itu menjadikan Arfa keras di situ.  Kaku.  Segala uratnya seakan tidak berdaya memberi respons.  Dia memandang belakang tubuh lelaki yang sedang membelakanginya.  Tidak berkelip.
Dada Arfa berdegup pantas.  Wajahnya pucat tidak berdarah! 



Tuesday, October 14, 2014

Jodohku Datang Bergolek! Cayalah! 10


BAB 10


            “LET me talk to her, dad.  No, we have been discussed about this matter before.”
            Ethan tidak jadi duduk.  Kerusi kembali ditolak.  Dia melangkah ke belakang, menarik sedikit tirai yang menutupi tingkap cermin lutsinar biliknya. Tubuh disandarkan di situ.
            “Jen, now tell me what’s going on?”
            Ethan menghela nafas panjang.  Malas betul dia hendak melayan karenah Jenny.  Padahal perkara itu sudah lama dibincangkan.  Matanya menerawang memerhati segenap ruang bilik.  Semuanya biasa-biasa saja.  Tiada yang berbeza. 
Mata dikalih memandang ke atas meja.  Dia mengerut kening.  Sebatang berus tandas, sebotol cecair pencuci tangan dan sebungkus ubat gegat berselerakan.  Barang-barang itu dipandang lama.  Sebelum dia keluar tadi tak nampak pula. 
            Suara Jenny tidak lagi menjadi perhatian.  Mata Ethan meliar memandang sekeliling.  Kaki dilangkah mendekati meja.  Berus tandas dicapai dan dibelek-belek pelik.  Sebungkus ubat gegat turut dipegang.  kembang-kempis hidungnya tatkala sesuatu menerkam deria baunya.
Terus dicampakkan semula.  Sasaran tidak mengena dan bungkusan itu terjatuh di atas lantai.  Dia menunduk ingin mengutip.  Spontan matanya menangkap imej sesuatu di bawah meja.  Matanya dikecilkan sedikit.  Jari!
            Ethan mengerling barang-barang di atas meja dan jari yang masih lagi menjadi santapan matanya kini silih berganti.  Ligat otak dia berfikir.  Sesuatu menjengah minda.
“It couldn’t be..” jedanya dengan rasa tidak percaya.
Spontan bibirnya tersungging senyuman nipis.  Tawa halus kedengaran.
            “Why are you laughing?”
Suara Jenny di sebelah sana menyedarkan Ethan.  Terlupa akan Jenny yang masih lagi berada di talian.
“Sorry, dear.  I think there’s something funny happening right now.  Funny and…. too cute.” bisik Ethan lembut hampir dengan meja.  Sengaja!  Dia ketawa lagi.  Lucu benar.
Dia menjarakkan diri.  Masih tersenyum.  Langkah kakinya mengarah ke ruang rehat.  Punggung dilabuhkan di atas sofa yang membelakangi meja kerjanya.
            “Pardon?”
            “Just forget it.  Can you tell me what do you really want?”
Ethan menyambung perbualannya sedang bibir masih tak henti-henti mengorak senyum.  Dia ingin melihat sejauh mana gadis itu mahu menyorokkan diri.
            ‘You got in easily but I wouldn’t let you go that easy, sweetheart.  Let see how you are going to make yourself invisible.’

*******************


            "FUHH...."
Dania menghela nafa lega apabila Ethan telah bergerak dari tempat dia menyorok.   Kata-kata Ethan tadi dekat benar dengannya.  Membuatkan dadanya berdegup pantas.  Mujur lelaki itu berbual di telefon.
Kalaulah dia tertangkap, mana dia hendak letak mukanya.  Tertangkap sudah satu hal, tempat menyorok sudahlah tidak strategik.  Lebih memalukan bawah meja Ethan pula.  Sadis tu!
Serentak mata dia membulat.  Akalnya mencerna kemungkinan yang lebih dahsyat.
‘Worst thing will happen kalau aku tak keluar dari sini.  Mampus aku kalau kejab lagi dia datang balik!’
Tangan digengam erat.  Dalam keadaan yang sangat tidak selesa dia cuba berfikir.
Tiada jalan lain, dia perlu keluar dari situ.  Harus!
Dari celahan lubang meja, Dania cuba meninjau keadaan sekeliling.  Dia ternampak kelibat Ethan yang sedang duduk di sofa.  Pintu keluar dicari.  Dania mengeluh apabila menyedari peluang untuknya melarikan diri memang tiada langsung. 
Tubuh Ethan dan pintu keluar dipandang silih berganti dengan hati yang rawan.  Kedudukan sofa yang bertentangan dengan pintu keluar tidak memungkinkan semua itu.  Alang kan kucing lalu pun lelaki itu boleh perasan, inikan pula dia yang sepuluh kali ganda besar dari bapak segala kucing.
Tubuh disandar pada papan meja.  Ligat otaknya berfikir.  Kekal di situ bererti ‘maut’ menanti.  Keluar dari situ juga, padah menunggu.  Keluar atau tidak, risiko yang sama akan dia hadapi.
Mata kembali meneroka kawasan sekeliling.  Mencari tempat persembunyian yang baru.    
Pintu tandas yang sedikit terbuka membuahkan senyum di bibir Dania.  Kenapalah dia tak nampak tandas itu sebelum ini.  Kebetulan pula Ethan sedang duduk membelakangi tandas.  Memang satu peluang untuk dia cabut lari.  Setakat ini, tandas adalah tempat yang paling selamat baginya.
Cuma….  Berani atau tidak? Itu sahaja.
Dania telan air liur.  Risiko yang tidak dapat tidak, harus dia tempuhi.  Titik!
Nafas ditarik panjang.  Sekali lagi, Ethan ditinjau dengan rasa penuh curiga.  Takut andai lelaki itu tiba-tiba bangun atau pun bergerak ke mana-mana.  Dalam situasi itu, dia pasti akan tertangkap. 
            ‘Please… just don’t look back.’ rayu Dania dalam hati.

Dania merangkak keluar dari bawah meja.  Sangat perlahan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.  Matanya tidak berkalih dari terus memerhatikan Ethan yang masih dengan telefonnya.  Dia keluar menyorok di balik kerusi pula.  Dipandang Ethan sekali lagi.
Setelah yakin, dia merangkak perlahan ke arah pintu tandas. 
‘Jangan pandang belakang.. Phuh!  Jangan pandang belakang.. phuhh!’
Hatinya tidak berhenti dari mengucapkan ayat yang sama.  Semakin dia mendekat dengan pintu, semakin dekat jua dia dengan Ethan.  Lebih kurang sedepa jarak antara dia dan Ethan tiba-tiba…
“Hahahaha..”
Hampir kejung Dania apabila tiba-tiba Ethan ketawa.  Tangannya pantas menutup mulut.  Hampir dia menjerit.  Pucat wajahnya.  Kalau ditoreh pasti tidak berdarah. 
Kelam-kabut Dania menyorokkan diri di sebalik sofa yang Ethan duduki.  Nafas ditarik cukup perlahan walaupun dadanya sesak tiada oksigen.  Bimbang Ethan mendengar.
Dalam hati, Dania menyumpah-nyumpah Ethan.  Sakit dadanya menahan perit.  Jujur, dia benar-benar terkejut.  Mujur dia tidak menjerit.  Kalau tidak, keberadaannya di dalam bilik itu pasti telah terbongkar.
Dia medongak kepala sedikit.  Tajam matanya memerhati.  Hanya bahu dan kepala Ethan yang terlihat di mata.  Kalau ikutkan hati, rambut hitam lelaki itu sudah ditarik-tarik sekuat hati.  Biar tercabut dengan akar-akarnya sekali.
Gelak tawa Ethan yang masih bersisa membuatkan dia sedikit lega.  Itu bererti lelaki itu masih tidak menyedari akan kehadirannya.  Entah apalah yang dibualkan, hingga membuatkan Ethan ketawa sebegitu rupa.
Pintu tandas dipandang.  Jaraknya sudah dekat.  Kali ini dia perlu lebih berhati-hati.  Langkah diatur.  Dia merangkak perlahan setelah memastikan Ethan masih dengan ketawanya.
Bibir membuahkan senyum apabila tangannya menolak perlahan pintu tandas.  Sedikit lega apabila pintu tidak berbunyi.  Mata Dania sibuk memerhatikan Ethan sambil tangan masih menolak pintu. 
‘Adios amigos, Ethan.’ ujar Dania dalam hati.
Dia berdiri perlahan-lahan dan cepat-cepat masuk ke dalam.  Kemudian pintu ditutup perlahan.
Dania menarik nafas.  Dia berpusing membelakangkan pintu tandas.  Dipandang sekeliling tandas.  Buat kesekian kalinya dia mencari tempat persembunyian baru.  Di sebelah kirinya ada tirai.
Kening Dania berkerut.  Tangan kirinya spontan menarik tirai itu ke tepi.
Yes!”  sorak Dania seperti berbisik.  Tidak mahu Ethan mendengar suaranya.
Tab mandi dihadapannya disentuh dengan senyuman panjang.  Tempat terbaik untuk menyorok.  Dia pasti Ethan tidak akan ke situ.  Kalau di pejabat pun nak berendam juga, memang hantu punya bos!
Buat seketika terpaksa dia menyorok di situ.  Sebelah kaki sudah diangkat masuk ke dalam tab.  Dia memanjat tab mandi dan menarik tirai menutupi seluruh ruang itu.
Dania baring mengiring di dalam tab menghadap tirai yang telah ditutup.  Sengihan kecil terhasil di bibirnya. 
           "Mission is complete!" bisiknya dengan semangat.
Kini, dia cuma perlu menunggu Ethan keluar dari bilik pejabatnya. 


****************************


            “OKAY, macam ni.  Semua keputusan Jenny tentukan.  Now I got things to do.  See you at home.  Bye, Jen.”  Tanpa pamitan lagi Ethan mematikan talian.  Pening melayan karenah Jenny.
            Kepalanya disandarkan pada sofa.  Mata dihalakan memandang ke atas.  Fikirannya menerawang memikirkan Dania.  Sejurus tiba-tiba bibir Ethan tersungging senyuman tipis.  Semakin lama semakin lebar dan akhirnya tercetus ketawa kecil.
            Dia menjatuhkan pandangan pada kabinet fail di hadapannya.  Pantulan imej meja kerjanya dapat dilihat dengan jelas pada cermin gelap yang menghiasi kabinet itu.
            Sebagaimana jelasnya meja itu, begitu jugalah bagaimana jelasnya tingkahlaku Dania tadi.  Ketawa meletus lagi.  Kepala digeleng-geleng lembut.  Antara percaya atau tidak, itulah realitinya.
            Bersungguh-sungguh benar Dania ingin menyembunyikan diri.  Kalaulah Dania tahu dirinya sudah tertangkap, apalah agaknya yang bakal gadis itu lakukan.
            Gadis yang kasar, nampak berani dan begitu petah menjawab kata-katanya, seperti kanak-kanak kecil merangkak-rangkak mencari tempat persembunyian.  Itu yang membuatkan dia tidak dapat menahan tawa.  Ralit benar dia memerhatikan setiap apa yang Dania lakukan.
            Wajahnya yang pucat kerana terkejut mendengar dia ketawa membuatkan dia berusaha keras untuk tidak berpaling.  Segala tindak-tanduk Dania tadi semuanya diperhatikan tanpa sedikit pun matanya berkalih.
            Dia bangun dan berjalan menghampiri tandas.  Kakinya terhenti di depan pintu tandas.
“What should I do, naughty girl?  Why am I so in love with you?”  tanya Ethan.  Lebih kepada dirinya sendiri.  Dia tidak dapat menafikan lagi hakikat hatinya.  Semakin lama semakin kuat perasaan cintanya untuk Dania.  Dan semakin sukar untuk dia menyembunyikan segalanya.
Bukan mudah untuk bersikap selamba di depan Dania.  Selagi mampu, dia akan cuba bertahan.  Belum masanya untuk Dania tahu apa yang dia rasa.  Cukup sekadar dia mendekatinya perlahan-lahan.
Ethan tarik nafas.  Persoalan mengenai perasaannya diketepikan dulu.  Saat ini, dia ingin melihat sejauh mana Dania ingin melarikan diri darinya.  Otaknya merencana sesuatu.
“Love is one thing.  Mengusik Dania is another thing.” Dia tersengih sendirian.  Kalau dah namanya Ethan…
Tombol pintu dipulas dan ditolak dari luar.  Ethan melangkah masuk dan mengunci pintu.  Sekali pandang sahaja dia tahu mana Dania menyorok.  Bibir diketap kuat menahan tawa yang hampir terburai.
Dia pasti ketika itu Dania sedang kegelisahan.
Ethan melangkah menuju ke sinki.  Kepala paip dipulas.  Air mencurah-curah keluar.  Dia berpura-pura membasuh tangan.  Ekor matanya memerhatikan tirai tab mandi yang tertutup rapat.
Ethan ketawa bisu.  Bergegar tubuhnya apabila membayangkan keadaan Dania ketika itu.
            Dan seperti jangkaan Ethan, Dania langsung tidak bergerak apabila pintu tandas dibuka.  Semakin pucat wajahnya kala pintu dikunci.  Kaku tidak bergerak.
            Dia pasti Ethan yang berada di dalam tandas bersamanya kini.  Siapa lagi kalau bukan lelaki itu.  Nyanyian kecil Ethan menguatkan tekaannya.
Hampir menangis Dania kerana terlalu takut.  Takut andai tertangkap.  Takut kalau-kalau Ethan berniat jahat padanya.  Rasa takut membuatkan dia berfikir yang tidak baik mengenai lelaki cina itu.
Ketika itulah dia mula menyumpah-nyumpah Nida.  Kalau saja Nida tidak menyuruhnya naik ke pejabat Ethan.  Kalau saja dia tidak menyorok sedari awal.  Kalau saja dia tidak membuat keputusan gila dengan menyorok di dalam tandas.  Dalam tab mandi pula tu!
Yang paling dia bengang, kalau bukan sebab dirinya sendiri yang ikutkan sangat cakap Nida, dia tidak akan berada dalam situasi ini.  Kalau dah macam ini, buat apa pun tak guna.  Dania mengeluh dalam hati.
Bunyi air yang mengalir semakin menyesakkan dada.  Dia menukar posisi.  Kepala diangkat sedikit demi sedikit.  Cuba meninjau kelibat Ethan di sebalik tirai.  Jangankan kelibat, bayang pun dia tidak nampak.
Sedang asyik meninjau, sepasang tangan yang tiba-tiba terhulur membuatkan Dania terkejut.  Pantas dia menekup mulut.  Suaranya hampir saja terkeluar.  Jantungnya tak usah cakap.  Kalau gugur, dah arwah agaknya dia.  Anak matanya tidak berhenti dari mengawasi tangan Ethan. 
Hanya tangan yang terlihat di sebalik tirai yang tertutup.  Ethan seperti sedang mencari sesuatu.  Dania mengerling memandang tirai yang memisahkan mereka berdua. 
‘Oh God, please..  This is not happening.  Someone please wakes me up.’ rayu Dania dalam hati.  Dia memegang kepala.  Tidak sanggup lagi diuji sebegitu rupa.  Matanya sudah dipejam rapat.  Redha!
Kedengaran bunyi kepala paip air dipulas.  Dania masih diam tidak berkutik.  Seakan ternanti-nanti sesuatu.  Masih tiada apa-apa yang berlaku.
Tab mandi yang tadinya kering kini mula basah berisi air.
Dania mengangkat muka.  Tiada lagi tangan Ethan.  Ke mana perginya Ethan, dia sendiri tidak tahu. 
Air yang mengalir laju dipandang kosong.  Sedikit demi sedikit tab mandi yang tadinya kering kini mula dipenuhi air.sudah mula naik.
Serentak itu Dania berdiri pantas.  Terkocoh-kocoh dia keluar dari tab mandi.  Sebelum dia kuyup ‘direndam’ Ethan lebih baik dia keluar cepat.
Dia berdiri betul-betul di hadapan tirai.  Dikerling air di tab mandi yang sudah hampir penuh.  Dia semakin risau.  Kelibat Ethan pun dia tidak tahu di mana.  Kalau dia tidak keluar dari situ, entah apalah nasibnya.
Keputusan terakhir harus dibuat.  Nak tak nak dia perlu keluar dari tandas itu juga.  Risiko perlu diambil!
Dania nekad.  Dia bersiap sedia.  Masa untuk lari.
‘Satu, dua, tiga!’
Tirai dipegang seraya ditarik ke tepi pantas.  Belum sempat kaki melangkah, sekujur tubuh yang tegak berdiri di hadapannya membuatkan Dania menjerit.
“Makkkk!!  Hantu!!”
Dia terundur ke belakang.  Kakinya tersilap langkah dan tanpa sempat dikawal tubuhnya terjatuh ke belakang.
Gedebushh!!
Tubuh Dania sudah basah kuyup.  Tab mandi yang menjadi tempat persembunyian dia tadi kini menjadi tempat ‘mandi’nya.  Bermula dari hujung tudung hingga ke hujung kasut, semuanya sudah basah.
Dania langsung tidak bergerak.  Dunia seakan berhenti berputar.  Segalanya begitu pantas.  Dia menyentuh mukanya yang basah.  Kepalanya menunduk memandang tubuhnya yang turut lencun. 
Tab mandi yang penuh dengan air kini hanya tinggal separuh dikerjakan Dania.  Matanya kini beralih memandang Ethan.  Lelaki itu juga mendapat tempias percikan air.
Ethan turut memandang dirinya.  Wajahnya seperti terkejut.  Kedua-duanya saling berpandangan.
Sesaat.  Dua saat. 
“Are you okay?” 
Suara Ethan memecah kesunyian.
Dania diam.  Buntu sebenarnya.  Apa yang telah terjadi?
Ethan segera menghulurkan tangan.  Dania seperti orang bodoh mencapai tangannya.  Dia menarik Dania keluar dari tab mandi.  Terserlah riak kerisauan.
Dania terkebil-kebil.  Wajahnya pucat.  Masih terkejut.  Dia peluk tubuh.  Sejuk tiba-tiba.
“Wait here.”
Lagi sekali Ethan menghilang.
Dania termangu-mangu.  Dia mula memikirkan apa yang berlaku.  Satu-persatu mula masuk ke mindanya.  Seingatnya tadi, dia cuba untuk keluar dari situ.  Rancangannya untuk lari keluar gagal.  Semua itu tidak akan berlaku kalau bukan sebab…
“Nah.”
..lelaki ini!
Tuala yang dihulur Ethan cuma dipandang.  Dia masih berpeluk tubuh.  Hatinya sakit.  Penat-penat dia menyorok bawah meja, merangkak dan menyorok dalam tab mandi lagi, semuanya jadi sia-sia.  Sekarang, dia basah kuyup pula.
“Boleh tak jangan degil?” keras suara Ethan apabila hulurannya tidak bersambut.
Dania pandang Ethan tajam.  Pantang benar dia kalau kena paksa.  Lagi-lagi kalau orangnya adalah Ethan.
Tanpa kata, dia merampas tuala itu.  Tubuh dibalut segera.
Ethan biarkan.  Segaris senyuman menghiasi bibirnya.
“Anyway, what are you doing here?  Ramai sangat ke orang guna tandas kat luar sampai tandas saya pun awak nak masuk juga?”
            Dania menjegil mata.  Geram betul dia.  Tetapi dia tetap diam.  Tiada alasan logik yang boleh dia suarakan.
            “Seronok berendam dalam tab mandi tu?”
            Ethan tersenyum-senyum lagi. 
            Semakin bengkak hati Dania.  Satu jelingan tajam dihadiahkan pada Ethan.  Laju kakinya melangkah menuju ke luar.  Malas dia henda melayan perangai Ethan.  Buat sakit hati adalah!
            “Nak pergi mana tu?”
            “Keluar.” jawab Dania sepatah.  Lagi dilayan lagi sakit hatinya nanti.
“With your wet clothes?”
Bagaikan tersedar, Dania tepuk dahi.  Marahkan Ethan sampai terlupa situasi dirinya saat itu.
“Habis tu?” keluh Dania.  Dia berpusing memandang Ethan.
            “Tunggu sini.  I’ll buy something for you.  Is it okay?” tanya Ethan lembut.
            Dania diam sejenak.  Mengenangkan bajunya yang basah, terpaksalah dia bersetuju.
            Dia angguk separuh hati.
            “Jangan keluar.  No body can see you like this." Serius suara Ethan sebelum berlalu keluar.  Mata Ethan merenung Dania yang kebasahan.
"I don't want them to see you like this." sambungnya perlahan.
Dania kerut kening.  Baru dia hendak bertanya, suara itu kedengaran lagi.
 "It will ruins my reputation.” Selamba badak Ethan bersuara.  Bibirnya tersenyum sinis.
            Dania tersentak.
            ‘Eee!!  Dia ingat aku ni apa?  Ya Allah,sabar Dania.’ Jerit hati Dania.
Tuala yang membalut tubuhnya ditarik dan digumpal kasar.  Baru sahaja dia hendak membaling ke arah Ethan, tiba-tiba lelaki itu berpaling.  Terus disembunyikan di belakang.  Selamat!
Ethan hanya pandang dia dengan wajah yang keliru.
 “What?” kasar Dania bertanya.  Cuba untuk menutup perbuatannya tadi.
“By the way, err..  can I know what size are your..hmm..that..err..”
Ethan garu kepala.  Muka dia yang tadi putih kini sudah bertukar rona.  Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu bertanya.  Namun persoalan yang bermain di minda cuba ditanya juga.
Dania terpinga-pinga. 
“Never mind.”  Cepat-cepat Ethan melangkah pergi.  Pintu tandas dibuka kemudian ditutup pantas.
Dania mengerut dahi.  Tidak faham dia.  Apa yang lelaki itu cuba sampaikan?
“Saiz?  Saiz apa?”
Dania telek tubuhnya yang sudah lencun.  Mindanya mencerna ayat Ethan satu persatu dan wajah Ethan yang merona merah terbayang di ruang mata.  Seperti ada benda yang tidak kena. 
Matanya membesar.  Tubuh kembali ditelek.
Darah merah menyerbu kulit mukanya.
“Ethan!!”  pekik Dania kuat.
Di luar tandas.  Ethan masih lagi menggaru kepala.  Dia hanya mampu tersengih apabila terdengar jeritan Dania.