Pages

Wednesday, October 22, 2014

Lelaki Bukan Pilihan 4

BAB 4

            UBAIDAH berjabat tangan dengan Hasif.  Kemudian mereka saling berpelukan.  Ceria wajah kedua-duanya.  Maklumlah, sudah lama mereka tidak bersua muka.  Sejak tamat tingkatan lima, masing-masing membawa haluan sendiri.
            “Bad, lama gila aku tak jumpa kau.  Apa khabar?”  Hasif bertanya.
            “Aku sihat.  Macam yang kau tengok ni lah.  Kau pula?  Dah berapa orang isteri?” gurau Ubaidah. 
            Hasif ketawa besar.
            “Gila kau!  Seorang pun dah cukup.  Anak aku je yang dah berderet-deret.”           Ubaidah tergelak.
            “Manalah tahu.  Kau dulu kan kasanova.  Perempuan tak usah cakap.  Shila, Amna, Dhia, Shima and so on.”
“Eh, tu bukan kau ke?”  Hasif memulangkan paku buah keras.
“Eh, aku ke?”
Ubaidah mengusap dagu pura-pura berfikir.  Dia ketawa lagi.  Zaman pak kaduknya dulu memang kalau difikirkan, nauzubillah min zalik.  Menyimpang jauh dari yang sepatutnya.
By the way, kau nak ke mana ni?  Nak fly ke?”
“Aku ada conference kat London esok.”
“Lah, aku baru balik dari London lah ni.” ucap Hasif teruja.
“Seriously?  Kau buat apa kat sana?”  Ubaidah terkejut.
Well, aku buat Phd.  Dah dekat empat tahun jugaklah menetap kat sana.  Anak bini aku tu asyik tanya bila nak balik Malaysia.  Aku pun rindu sangat nak makan masakan orang kita.  Kau tahu ajelah kalau dah duduk oversea, mana nak sama makanan kita dengan dia orang.” terang Hasif.
“Alhamdulillah.  Itulah, tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tanah kelahiran.  Tapi, mana isteri dan anak-anak kau?  Aku tak nampak pun.”
“Tu dia orang.  Tak larat bini aku nak jalan dah.  Anak-anak lelaki aku tu kembar.  Dalam kapal terbang tidur aje.  Bila kaki dah jejak tanah, bukan main aktif lagi.  Suka betul kacau adik dia.”
Tangan Hasif menunjuk ke satu arah.  Jauh di sana kelihatan seorang perempuan sedang duduk sambil memangku seorang bayi.  Ada dua orang kanak-kanak lelaki sibuk mengacah bayi itu.  Di sebelahnya pula seorang budak perempuan dalam lingkungan enam tahun memerhatikan adik-adiknya bermain.
Ubaidah memerhatikan keluarga Hasif.  Comel betul.  Wajah Hasif bahagia benar saat menyentuh cerita tentang keluarga besarnya.
“Kau bila lagi?”
Terbit soalan cepumas Hasif.  Tergeliat lidah Ubaidah hendak menjawab.  Dia sengih cuma.  Soalan yang acapkali dia dengar sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 
“Aku?  Kalau ada bidadari turun dari langit, kau kenalkanlah kat aku.” ucapnya selamba.
Pecah tawa Hasif.  Dia menggeleng kepala.  Diperhatinya Ubaidah dari atas ke bawah.  Tidak ada kurangnya!
“Apasal pandang aku macam tu?”
“Umur macam kau patut dah ada anak tiga.  Tengok macam aku.  Dah empat dah pun.”
“Hey, orang kata lelaki makin tua makin laku tau.”   Sekali lagi Ubaidah mengenakan Hasif.
“Ha, yalah.  Jangan jadi bujang terlajak sudah.” perli Hasif pula.
“Dua puluh lapan belum cukup tua lagilah.”
Dia masih muda.  Untuk melangkah ke alam perkahwinan pun ilmunya masih belum cukup.  Lagikan pula hendak membimbing seorang isteri.  Untuk menjadi suami yang baik bukan semudah yang disangka.  Bukan dosanya saja yang bakal dia tanggung di akhirat kelak, tapi dosa ibu, saudara perempuan serta bakal isteri dan anak-anak perempuannya nanti.  Berat tu!
“Kejap, sebut pasal bidadari.  Mana perempuan tadi?”
Mata Hasif meliar memandang ke sisi kiri dan kanan Ubaidah.
“Perempuan??”
Ubaidah berfikir sejenak.  Kerutan di dahi muncul.  Kala otak sudah menghadam kata-kata Hasif, serentak itu matanya bulat.  Dahi ditepuk. 
“Allah, aku terlupa!”
Dia berpaling ke belakang.  Kosong.  Matanya meliar memandang sekeliling. 
“Eh, dah hilang?”
Salahnya juga kerana sibuk melayan Hasif.  Sampai terlupa akan perempuan yang dilanggarnya tadi.  Mujur juga dia sempat meminta maaf.
“Apa yang hilang?”
“Perempuan tadi.  Aku terlanggar dia sebenarnya.  Tak sengaja.”
“Oh…  Aku ingatkan girlfriend kau.  Cantik!”  puji Hasif.
“Cantik??  Entahlah.  Aku tak pandang sangat muka dia.” jujur dia menjawab.
Hasif terkebil-kebil mendengar jawapan Ubaidah.  Seperti dalam kekeliruan.  Dia tidak salah dengarkan?
“Eh, ni ke Bad yang aku kenal?  Sebelum ni pantang nampak perempuan cantik mula lah ayat-ayat power kau keluar.”
Ubaidah hanya senyum.  Dibiarkan sahaja Hasif membuat persepsi sendiri.  Bertahun-tahun mereka terpisah, dirinya bukan lagi yang dulu. 
“It’s a long story.” kata Ubaidah penuh makna.
“I can’t wait to hear your story.  However, aku rasa better aku gerak dulu.  Isteri aku dah jeling-jeling dah tu.”  Hasif meminta diri.
“Okay.  I’m happy to see you here.”
Setelah saling bertukar nombor telefon mereka berpelukan sekali lagi.  Hasif melangkah meninggalkan Ubaidah mendapatkan anak-anak dan isterinya.
Ubaidah memandang keluarga bahagia itu dengan seribu satu macam perasaan.  Dia tumpang gembira melihat kebahagiaan rakannya.  Terselit di hati keinginan untuk berumahtangga.  Dia juga mahu seperti Hasif.
Terbayang seraut wajah di ruang fikiran.  Wajah yang sekian lama dirindui dalam diam.  Cuba membayangkan dirinya seperti Hasif.  Bibirnya mengukir senyuman nipis.  Dan perlahan-lahan senyuman itu mati.
Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.  Keinginan hati yang entahkan sampai entahkan tidak.
‘Apakah mungkin?’ bisik hati Ubaidah sendirian.
Doa dipohon dalam hati dan dia melangkah pergi.  Tanpa Ubaidah sedari, ada sepasang mata yang tajam memerhati segala gerak-gerinya.


***********************

            “Erghh!!  Why?  Why?  Kenapa dia?!!  Out of billions people why he? Oh, damn it!”
Arfa rasa nak hantuk kepala ke dinding tempat dia berdiri.  Kaki dihentak kuat ke lantai.  Sungguh dia geram dan marah teramat.
            Dengusan keras terlepas bila saja bayangan Ubaidah menjalar di kotak memori.  Dia masih belum bersedia untuk berhadapan dengan sesiapa pun.  Belum sampai satu jam dia menjejakkan kaki ke situ, wajah pertama yang dia nampak adalah wajah yang paling dia benci pula.
            Itu dah satu hal.  Satu hal lagi, belum sempat dia mendajalkan lelaki itu, dia dulu yang terkena.  Kena apa?  Kena langgarlah!  Lengan kiri yang dipegang Ubaidah tadi diangkat separas dada dan ditepuk-tepuk kuat seperti sedang membuang debu.
            Hidungnya menangkap bau sesuatu.  Kembang-kempis hidung Arfa sebelum…
            “Uwekk!!  Busuk gila!  Perfume ke tahi kucing yang melekat ni.  Nak termuntah aku!  Yarkss!” 
            Tapak tangan Arfa menekap mulutnya.  Kemudian dia mengibas-ngibas muka menghilangkan bau minyak wangi Ubaidah.  Bila hati dah benci, minyak wangi yang berharga ratusan ringgit pun dikatanya busuk.  Padahal tadi punyalah tangkap lentok.
            Arfa merenung jaket denim yang dipakai.  Ikutkan hati mahu saja dia menanggalkan jaket di situ juga.  Bila memikirkan di mana kakinya berpijak saat itu, segera disimpan jauh niat itu dalam hati.  Kalau di England dulu lain cerita.  Buka apa pun, lantak hang lah.  Kalau buat di Malaysia, memang cari nahas!  Sudahlah baju di bahagian dalam nipis sahaja.
            Mata Arfa meliar mencari tandas berhampiran.  Nun di hujung sana, dia ternampak simbol tandas wanita tidak jauh dari kawasan dia berdiri.  Bagasi dicapai dan kaki dilangkah dengan hati yang sebal.
            Pintu tandas ditolak kasar.  Arfa menarik bagasi ke satu sudut yang agak kering dan membukanya.  Jaket yang dipakai pantas dibuka dan dicampakkan ke atas bahagian sinki.  Dia mencapai cardigan nipis warna merah.  Dibelek-belek seketika sebelum disarungkan ke tubuh.  Kemudian bagasinya terus ditutup.
            Jaket yang dicampak tadi dihampiri.  Tak ingin dia sentuh.  Tengok pun sudah berbulu mata apatah lagi hendak menyentuh.  Walhal jaket itu jaketnya juga.  Disebabkan Ubaidah yang telah menyentuh serta meninggalkan aroma minyak wangi miliknya, jaket yang tidak bersalah menjadi mangsa ketidakpuasan hati Arfa.
            “What the heck I should do with this ‘thing’?”
            Arfa tiba-tiba teringat kata-kata ustazah Ruzaimah dulu.  Terimbas kenangan sewaktu dia masih di sekolah rendah. 
“Anak-anak, ada tiga najis yang perlu diketahui iaitu najis mukhaffafah, mutawassitah dan mughallazah.  Najis yang paling ringan ialah najis mukhaffafah iaitu air kencing kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu yang lain selain susu ibunya.
Najis mutawassitah pula adalah najis pertengahan.  Najis ini adalah selain dari najis mukhaffafah dan mughallazah.  Contohnya, tahi, kencing, darah, nanah, muntah, bangkai, arak dan lain-lain.
Manakala najis mughallazah adalah najlis yang paling berat sekali.  Siapa boleh terangkan untuk kawan-kawan yang lain?”
Hampir keseluruhan kelas mengangkat tangan.  Kesemua mereka berebut-rebut hendak menjawab.
“Ustazah pilih yang pertama sekali angkat tangan ya.  Hmm, Ustazah nampak Arfa angkat tangan dulu tadi.  Apa yang Arfa tahu tentang najis mughallazah?”
“Ibu Arfa cakap, khinzir dan anjing.  Ayah Arfa pula cakap sebab khinzir dan anjing haram.  Orang Islam tak boleh sentuh atau makan haiwan tersebut.  Betul kan, ustazah?”
“Pandainya anak ustazah ni.  Betul apa yang…”
Dan suara yang bermain di kotak fikiran Arfa terhenti apabila telinganya menangkap bunyi pintu ditolak dari luar.  Dia menjeling sekilas.  Dua orang remaja perempuan bergurau senda sambil memasuki ruang tandas tidak dihiraukan.  Dia seperti sedang berfikir.  Jaket miliknya dipandang lama.
“Hmm, mukhaffah..  mughallazah.. mutawassitah..”  Dia berbisik sendirian.
Selepas ditambah, ditolak, didarab dan dibahagi, akhirnya Arfa beroleh jawapan yang pasti.
            “Yes, this is definitely najis…. mughallazah!” putusnya lalu terus mencampakkan baju itu ke dalam tong sampah.  Suka hati dia memutuskan begitu padahal satu jenis najis pun tidak tersenarai dalam.  Itulah yang dikatakan bila hati dah benci.
            “That should do.  I hate you and I hate everything you touch!”
            Arfa bersuara lagaknya seperti bercakap dengan Ubaidah.  Dan dengan lenggok selambanya dia keluar dari tandas tanpa ada rasa menyesal.
            Sebaik sampai di kawasan teksi bermeter dia bergerak ke arah teksi yang berdekatan.  Pemandu teksi cepat-cepat mengambil bagasinya dan menghadiahkan senyuman.  Arfa membalasnya dan kemudian meloloskan diri ke tempat duduk belakang. 
Dibiarkan saja Pakcik teksi mengangkat bagasinya ke dalam bonet teksi.  Dia sudah terlalu penat.  Tiga belas jam dalam kapal terbang dan pertemuan tidak sengaja dengan Ubaidah memang sangat-sangat memenatkan.  Dia memejam mata.  Kepalanya disandarkan.
            Arfa mendengar pintu teksi bahagian pemandu dibuka dari luar.  Namun tak dihiraukan.  Letih benar dia.
            “Anak nak ke mana?” tanya Pakcik pemandu teksi.  Dia menoleh sedikit ke belakang bila Arfa diam sahaja.
            Arfa membuka mata.  Berjeda.  Dia garu kepala.  Terlupa akan destinasinya.
“Sekejab ya Pakcik.  Saya lupalah.”
Beg tangan dibuka.  Telefon bimbit dicari.  Punat telefon ditekan laju mencari nama seseorang.  Butang hijau ditekan dan telefon ditekap ke telinga.
“Hello Nad.  Apa nama hotel yang kau tempah tu?”
Tanpa salam Arfa terus mengajukan pertanyaan.  Memang dia main terjah.  Telefon ditarik jauh sedikit apabila jeritan nyaring Nadia, rakannya kedengaran.  Pekak sekejab dia.  Suara Nadia memang kuat.  Sekali jerit, bergetar gegendang telinganya.  Sewaktu di Cambridge dulu, berapa kali mereka ditegur oleh pengawas perpustakaan disebabkan suara nyaring Nadia.  Itu pun dah cukup baik mereka tak kena halau keluar.
Arfa mendekatkan kembali telefon bimbit.
Dia mendengar apa sahaja yang Nadiah katakan tanpa sempat mencelah.
“Wo wo wo, babe!  Bagitahu dulu hotel mana?  I don’t have much time.
            Mata Arfa mengerling sekilas Pakcik teksi yang sekian lama menunggu.  Dia pun berasa agak kurang selesa.  Sepuluh minit teksi tak bergerak siapa yang tak marah.  Nasib baik Pakcik itu tak cakap apa-apa.
            “Langit-Langi Hotel?  Okay, hold on.”
            “Pakcik, Langit-Langi Hotel ya.  Maaf, lama menunggu.  Nanti saya bayar yang sepuluh minit tu.” beritahu Arfa.  Lembut tuturannya.  Mahu mengambil hati.
            “Tak apa.  Pakcik tak kisah.”
            Pakcik teksi membalas.  Ikhlas bunyinya.  Dan dia pun ikhlas hendak membayar.  Sampai di hotel nanti dia akan beri juga.
            Teksi mula bergerak menuju ke destinasi.  Arfa kembali menyambung perbualannya dengan Nadia.
            “Nad, aku penat ni.  Nanti esok kita jumpa.  Tapi lepas aku check out lah.”
            “Got it!  Ye ye, I miss you too.  Bye.” ucap Arfa lantas mematikan talian.  Kalau dilayan Nadia, pasti dia terpaksa mendengar celotehnya yang tak sudah-sudah.  Telefon dicampak ke dalam beg tangan.
            Mata dipejam kembali dan tubuh disandarkan.  Penat kembali bermaharajalela.  Buat seketika dia mahu melupakan apa sahaja masalahnya kali ini.  Baik Nadia, Ubaidah mahu pun ibu dan ayahnya yang telah tiada, dia inginkan ketenangan walaupun cuma sesaat.

p/s: mohon maaf untuk pembaca LBP dan JDBC.  buat masa ni saya terpaksa berhenti berkarya kerana masa sangat2 tidak mengizinkan. semester ni macam2 assignments yang memerlukan lebih fokus saya. kena buat 2 prototypes, event karnival kerjaya dan test, kuiz berderet setiap minggu.  Berjuta maaf pada yang menunggu next n3. sedih kot sebab tak dapat berkarya buat sementara.  excited bila korang excited tapi masa banyak dipenuhi dengan menyiapkan assignments yang bertimbun.  harap korg enjoy dengan dua entry baru ni.  dah lama siap tapi tak sempat nak post.. thanks for all supports..wish me luck for my final.  insyaAllah kalau saya sempat curi masa, saya akan post yang baru.


            

No comments:

Post a Comment