“LELAKI BUKAN PILIHAN”
Dia
bukan Sumayyah. Bukan juga Saidatina
Aisyah. Dia hanya manusia biasa. Umat manusia teristimewa bernama Muhammad
S.A.W. Dia tidak punya apa-apa. Hatinya, jiwanya serta cintanya hanya untuk Allah S.W.T juga dua cinta hatinya, Puan Bariah dan Encik Sufian.
Entah
di mana silapnya, takdir datang menguji. Ibu dan ayah tercinta kini pergi menghadap
Ilahi. Tempat dia berpaut. Tempat dia bermanja. Hilang dalam sekelip mata. Pedoman dia berantakan. Cahaya iman yang terpancar di raut wajah polos itu mulai sirna. Hatinya terbit bibit-bibit noda. Hanya kerana dendam... ‘dia’ yang kini bukan dia
lagi!
“Kau
buat aku sebatang kara. Maka aku juga
akan buat kau hilang segalanya!” – Arfa Nur Abyatina
Dia
pemabuk. Dia pendusta. Dan dia yang segalanya jahat-jahat
belaka. Halal dan haram apa mungkin dia
kenali kalau wujudnya juga tidak diketahui.
Hadirnya ke dunia tidak diingini.
Perginya pula sentiasa dinanti.
Lantaran kerana dunia seakan menghimpit diri hatinya jadi kering,
tiada berperasaan.
Satu
insiden terjadi, dan dia mula kenal diri.
Tangisan seorang insan menerbitkan segenap rasa. Istilah hakikat ‘aku seorang hamba’ kembali
menjengah jiwanya. Dek kerana penyesalan
tak sudah dia menjadi dia yang baru. Dia
yang mengenal Tuhannya!
“Saya masih seorang hamba. Hamba kepada Dia yang Maha Berkuasa. Sesungguhnya saya masih mencari diri saya
sendiri. For God sake, tolonglah… hentikan
godaan gila ini!” – Abu Ubaidah
Cinta untuk gadis bernama Arfa telah lama bermukim di hati. Bertahun-tahun dia setia menemani Arfa. Cuba mengubati luka gadis itu yang tak pernah sembuh. Akhirnya, dia hampa. Sedikit pun kehadirannya tidak memberi sebarang makna. Apatah lagi membuahkan rasa cinta di hati penuh benci Arfa.
"Then, I’m afraid you will lost me. If you still with your stubbornness, I’ll go. I’ll walk away.” – Benjamin